Wednesday 6 September 2017

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ASPURA 2017

TARIKH   : 1 & 2 APRIL 2017
HARI        : SABTU DAN AHAD
TEMPAT  : COURT BOLA TAMPAR KOLEJ KEDIAMAN

PENERANGAN :

Pertandingan bola tampar antara dorm aspura Kolej Kediaman Lebuh Cator telah dijalan pada 1 & 2 April 2017. Pertandingan tersebut telah diuruskan sepenunya oleh unit sukan Kolej Kediaman Lebuh Cator 2017. Pengarah program unutuk aktiviti ini ialah pelajar tahun 2 SVM MTA. Pertandingan ini melibatkan 78 orang pelajar. Pertandinfan ini telah dijuarai oleh pelajar dari dorm Abu Hanifah.

GAMBAR :






PEMERIKSAAN KEBERSIHAN KOLEJ KEDIAMAN 2017

TARIKH : 4 FEB 2017
HARI      : SABTU
TEMPAT : SETIAP DORM KOLEJ KEDIAMAN

PENERANGAN :

Program ini telah dijalankan pada 4 Feb 2017 ( sabtu ). Kawasan yang terlibat dalam pemeriksaan ini adalah di setiap dorm di kolej kediaman KVLC. Tujuan program pemeriksaan kebersihan yang dianjurkan oleh exco kebersihan ini adalah untuk melahirkan bilik yang ceria dan bersih agar penghuninya dapat merasakan bahawa asrama ini merupakan tempat penginapan yang terbaik selain dari rumah mereka dan boleh dianggap sebagai '' ASRAMAKU, RUMAHKU ''

GAMBAR GAMBAR SEMASA PEMERIKSAAN DIJALANKAN :








CERAMAH PENGURUSAN DIRI EXCO KEBAJIKAN 2017

TARIKH  : 4APRIL 2017
HARI       : SELASA
TEMPAT : Dewan Makan Asrama

PENERANGAN :

Ceramah pengurusan diri ini telah dilaksanakan oleh Exco Kebajikan. Pengarah projek bagi projek ini ialah Hidayatul Aini Binti Zubir dan timbalan pengarah ialah Hukmah Natasya Binti Md Syaril. Ceramah ini telah dilaksanakan pada 4 April 2017(Selasa ) bertempat di dewan makan asrama kolej kediaman. Ceramah ini juga telah dihadiri oleh semua pelajar aspuri seramai 120 orang. Penceramah bagi kursus ini ialah Cik Izurina bt Mohdjgyfvtrervrjdt


GAMBAR SEWAKTU CERAMAH :




Wednesday 26 July 2017

FIRE DRILL EXCO DISIPLIN 2017

TARIKH : 20 MEI 2017
HARI      : SABTU
TEMPAT : COURT BOLA TAMPAR ASRAMA

PENERANGAN  :
Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan  untuk melatih murid-nurid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di kolej.Program ini dikawal oleh warden asram dan exco ketika latihan kebakaran dijalankan.AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan.Ketua dorm masing-asing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam perkarangan asrama atau di dalam bangunan sekolah.


GAMBAR  :





PROGRAM IHYA RAMADHAN 2017

TARIKH : 13 JUN - 21 JUN 2017
HARI      : SELASA HINGGA RABU
TEMPAT : PERKARANGAN ASRAMA KOLEJ KEDIAMAN

PENERANGAN :
Program Ihya Ramadhan Kolej Vokasional Lebuh Cator (kvlc) telah berjaya dilaksanakan pada 13-21 Jun 2017 semua pelajat kolej kediaman putera dan puteri terlibat dalam program Ihya Ramadhan.Program Ihya Ramadhan telah diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar untuk lebih menghayati bulan yang suci ini.Para pelajar bkan sahaja berpuasa dibulan yang suci ini malah para pelajar juga diberi peluang untuk bertadarus Al quran secara berkumpulan mengikut pecahan dorm.Majlis khatam Al quran diadakan pada hari penutupan program Ihya Ramadhan.

GAMBAR :



QIAMULAI PERDANA EXCO KEROHANIAN 2017

TARIKH : 15/4/2017
HARI :SABTU
TEMPAT : MASJID MUHIBBUDIN SHAH, IPOH

PENERANGAN :
Program Qiamullail Perdan Kolej Vokasional Lebuh Cator (KVLC) Ipoh Perak telah berjaya dilaksanakan pada 15 April 2017. Semua pelajar asrama pute dan puteri terlibat dalam program QIAMULAI perdana ini serta majlis perwakilan pelajar(MPP) juga turut memberi kerjasama dan melibatkan diri. program Qiamulai perdana telah diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajr tentang sunnah yang sering dilakuan oleh Nabi S.W.T. Dalam masa yang sama program Qiamulai perdana ini juga turut menyedarkan para pelajar mengenai kelbihan solat sunat.



GAMBAR :





Thursday 6 April 2017

MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH PN HJH NORAINI

TARIKH : 8 MARCH 2017
HARI      : RABU
TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA

PENERANGAN :

Majlis perpisahan puan pengarah merupakan salah satu majlis yang amat bermakna bagi semua penghuni Kolej Vokasional Lebuh Cator, Ipoh. Majlis ini adalah bertujuan untuk mengenangkan jasa baik puan pengarah selama beliau berada di kolej ini. Ini juga bertujuan supaya para pelajar menegtahui bahawa pengarah yang kita cintai bakal meninggalkan kita dan berpindah ke Kuala Selangor.


GAMBAR  :




Tuesday 28 February 2017

ETIKA PEMAKAIAN KOLEJ KEDIAMAN 2017

TARIKH : 13 FEB - 17 FEB 2017
TEMPAT : KOLEJ KEDIAMAN
HARI      : ISNIN HINGGA JUMAAT

PENERANGAN :

Pada 13 Feb hingga 17 Feb 2017, exco Disiplin Kolej Kediaman telah mengadakan satu program mengenai Etika Pamakaian yang melibatkan semua penghuni samada aspura dan aspuri di kolej kediamana Kolej Vokasional Lebih Cator, Ipoh. Pengarah program yang bertanggugjawab bagi program tersebut adalah Muhammad Amirul izzat bin Ruzki. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mendisiplinkan semua pelajar supaya berpakaian kemas dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Pelajar yang melangar peraturan akan dikenakan dendaan dengan mengisi Borang Salaklaku dimana markah merit mereka akan dipotong mengikut kesalahan yang telah dilakukan.

GAMBAR GAMBAR SEMASA ETIKA PEMAKAIAN ;

 PEMERIKSAAN KASUT 
 PEMERIKSAAN SELUAR SLACK
 PEMERIKSAAN KUKU
WARDEN MELAWAT KAWASAN

KURSUS PENYEDIAAN KERTAS KERJA, LAPORAN DAN MINIT MESYUARAT


TARIKH   : 26 - 27 FEB 2017
MASA      :9.00 - 11.15  MALAM
HARI        :AHAD DAN ISNIN
TEMPAT :BILIK TEKNOKRAT DAN DEWAN MAKAN ASRAMA

PENERANGAN:

  Bengkel kertas kerja,laporan dan minit mesyuarat telah dianjurkan oleh Pengarah program  exco data iaitu Rabiatul Adawiyah bt Mohd Sahidan
serta di bantu oleh Timbalan pengarah program dan beberapa ahli jawatankuasa yang membantu bagi menjaya kan majlis ini.Selain itu, penceramah bagi program ini ialah En.Mohd Shahrir Bin Abdullah iaitu daripada Jabatan Perniagaan.Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada setiap peserta supaya lebih mahir dalam menyediakan kertas kerja laporan dan minit mesyuarat.Selain itu,kursus ini disasarkan kepada Exco, pengarah program dan juga Timbalan Pengarah Program supaya dapat menyediakan kertas kerja dan laporan yang lengkap dan padat.

Terdapat beberapa gabar semasa kursus tu dijalankan ;











ROAD TO JAKEL 2017

TARIKH  : 19 FEB 2017
TEMPAT  : JAKEL. IPOH
HARI       : AHAD
MASA     : 8.30 PAGI - 6.00 PETANG

PENERANGAN :

Program Road to Jakel ini telah dianjurkan oleh exco Keusahawanan Kolej Kediaman pada 19 Feb 2017(Ahad). Program ini telah dikendalikan oleh pengarah program iaitu Mohd Aiman bin Zahidi dari kursus Elektronik. Tujuan program ini dilaksanakan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan contohnya kain tersebut akan diberikan kepada warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan juga orang asli. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar kolej kediaman dengan komuniti luar. Seterusnya pelajar kolej kediaman dapat memupk semangat kerjasama semasa membersihkan dan menyusun semua kain untuk diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

BERIKUT ADALAH GAMBAR SEWAKTU KERJA PEMBERSIHAN GUDANG JAKEL :






Sunday 12 February 2017

MINGGU SUAI KENAL(MSK) BAGI TAHUN 1 SVM 2017

TARIKH : 5 FEB HINGGA 9 FEB
TEMPAT : KOLEJ KEDIAMAN KVLC

PENERANGAN :

Minggu suai kenal ini telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa Sahabat Kolej Kediaman (SKK) bagi memberi pendedahan mengenai asrama kolej kediaman pada pelajar tahun 1 SVM .Program ini dilaksanakan supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain, exco-exco asrama dan warden-warden yang ada di asrama kolej kediaman. Selain itu, MSK ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan melalui aktiviti-aktiti yang diadakan. Pelbagai aktiviyi yang dijalankan seperti ice breaking, latihan dalam kumpulan (LDK), sukaneka, night walk dan majlis penutup yang diberi tema iaitu Malam Gala Bintang.

ANTARA GAMBAR GAMBAR AKTIVITI MSK :

                                                               Aktiviti ice breaking


                                                                Aktiviti sukaneka

                                       Penyambut tetamu oleh semua ahli jawatankuasa MSK

                                                 Semua AJK dan pelajar tahun1 SVM

Friday 3 February 2017

PROGRAM RE-ORIENTASI KOLEJ KEDIAMAN 2017

TARIKH : 7 JAN - 13 JAN 2017
HARI      :  SABTU HINGGA JUMAAT
TEMPAT : KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN

PENERANGAN :

Jawata kuasa tertinggi majlis kolej kediaman iaitu Zulfarhan Aminuddin Bin Badrul Nizam selaku pengarah program reorientasi telah menjalankan program tersebut selama seminggu bagi pelajar tahun 2, 3, dan 4. Program reorientasi tersebut dijalankan untuk memberi ingatan kembali tentang peraturan-peraturan dan perkara yang berkaitan dengan asrama dimana program ini telah dibahagikan kepada beberapa slot. Diantara slot yang dijalankan ialah slot disiplin, riadah petang dan night walk.

BERIKUT ADALAH GAMBAR GAMBAR AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN :






Pada malam kembara, pelajar kolej kediaman telah keluar dari kawasan asrama untuk mengikuti aktiviti Night Walk. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap kumpulan. Dalam aktiviti ini, pelajar dapat memupuk semangat kumpulan dan ia dapat menguji tahap fizikal dan mental mereka.